PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN SPM TAHUN 2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Saya mengucapkan selamat datang ke blog Pendaftaran Calon Persendirian SPM Tahun 2021. Syabas dan tahniah kepada anda yang ingin mendaftar sebagai calon persendirian SPM Tahun 2021. Semoga kejayaan akan berpihak kepada anda.
Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah bagi memudahkan calon membuat pendaftaran sebagai calon persendirian SPM Tahun 2021.
Ada 2 kategori pendaftaran calon persendirian iaitu
a) Calon Persendirian SPMU atau Ulangan - peperiksaan ini biasanya berlaku dalam bulan Jun atau Julai tahun semasa. Mata pelajaran yang ditawarkan hanya 3 sahaja iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.
b) Calon Persendirian SPMN - peperiksaan ini akan berlangsung pada bulan November setiap tahun kecuali jika ada perubahan. Mata pelajaran yang ditawarkan adalah semua mata pelajaran yang terdapat dalam peperksaan SPM.
Untuk makluman calon juga, semua pendaftaran adalah dilakukan secara 'online'. Begitu juga dengan bayaran. Calon perlu menyelesaikan semua proses pendaftaran dan bayaran melalui 'online' Dokumen sahaja yang perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat.
Tempoh pendaftaran untuk Tahun 2021 ialah dari 17 Mei 2021 sehingga 25 Jun 2021. Selepas ini tiada lagi pendaftaran dilakukan.
Calon dinasihatkan melakukan pendaftaran lebih awal. Elakkan daripada saat akhir untuk membuat pendaftaran.
Comments
Post a Comment