Dokumen yang telah lengkap dan dicetak daripada hendaklah di dihantar Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Dokumen sebaiknya dihantar secara hadir ke SPP JPN Selangor. Ini kerana mungkin calon perlu berurusan pula pendaftaran Ujian Lisan bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika tidak boleh hadir, dokumen tersebut hendaklah dihantar melalui pos. Bagi tujuan pengeposan dokumen, alamat berikut hendaklah digunakan iaitu: Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam, Selangor. No Telefon : 0355186500 Nota: Pastikan sampul yang disertakan telah ditulis dengan Nama dan Alamat sendiri pada ruangan penerima. (Sampul yang perlu disediakan untuk dipos bersama-sama dokumen pendaftaran). SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR: 1. Salinan kenyataan semakan 2. Salinan resit bayaran (perbankan elektronik) 3. 4 keping sampul Pos laju Prabayar atau Pos ...